Dalam bahasa saintifiknya dikenali phyllanthus niruri. Tumbuhan ini sering terdapat dikawasan padang. ia mudah tumbuh di kawasan rumah dan padang. Dari segi perubatan tradisional, tumbuhan ini biasanya digunakan untuk mengubati cirit birit dan menurunkan tekanan darah tinggi dengan meminum air rebusan dari tumbuhan ini. Air perahannya baik untuk kudis dan luka. Jika tertelan racun,wap dari air rebusan ini di hidu untuk memuntah kembali racun tersebut. Di kepulauan borneo, daun dari tumbuhan ini dicampur dengan lada hitam untuk dijadikan tuaman bagi merawat sakit pinggang.
Ringkasan:
Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri, Phyllanthus Amarus
Nama : Dukung Anak, Black Catnip
Habitat : asia & africa
Kegunaan:
- Tekanan Darah Tinggi
- Cirit Birit
- Kudis
- Luka
Produk pilihan:Teh Seri Mahkota Dewa
Nama saintifiknya adalah Piper sarmentosum Roxb. Tumbuhan yang menjalar diatas tanah ini. Dipercayai bertindak sebagai ubat anti malaria. Selain itu ia sangat berguna untuk merawat demam, batuk, selesema, lelah, sakit dada, hilang selera makan, sakit sendi, vitiligo (hilang pigmen coklat pada kulit) dan rabun malam dengan cara meminum air rebusan daunnya. Akarnya juga boleh dikunyah mentah-mentah dan apabila di gabung dengan halia ia mampu mengurangkan sakit gigi.
Dikenali dengan nama Kaffir lime dan bahasa saintifiknya adalah Citrus Hystrix DC. Jus Limau purut boleh digunakan untuk merawat batuk dan anti kelemumur. Kulit limau purut biasanya dijadikan tonik di dalam masyarakat melayu. Ia digunakan untuk mengeluarkan cacing dan melegakan sakit kepala. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
Dikenali juga dengan nama lada putih atau lada sulah. Bahasa saintifiknya adalah Piper Nigrum L. atau piper trioicum Roxb. Secara keseluruhannya tumbuhan ini digunakan untuk merawat cirit birit, Sakit angin, ketidakhadaman makanan, muntah-muntah dan sakit disebabkan penyakit bau karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kesan keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan laut, cendawan dan daging. Selain itu, ia juga digunakan untuk merawat malaria dan taun. Untuk kegunaan luar, ia biasanya digunakan untuk merawat bengkak-bengkak. Ia juga bersifat penghalau serangga.
Ringkasan:
Nama Saintifik: Piper Nigrum
Nama Umum: Lada Hitam, Black Pepper
Kegunaan:
- Cirit Birit
- Sakit Angin
- Bengkak
- Anti Serangga
Lalang adalah sejenis tumbuhan yang mudah didapati dimana-mana sahaja. Namun, tumbuhan ini mempunyai kelebihan untuk merawat pelbagai penyakit. Bahasa saintifiknya adalah Imperata Cylindrica beauv. Ramuan dari sulur pokok ini digunakan melawaskan pembuangan air kecil.Ia juga boleh digunakan sebagai pembersih darah. Ia dijadikan tonik untuk mengurangkan kesan demam dan melegakan cirit birit.
Di dalam bahasa saintifik, belimbing dikenali dengan nama Averrhoa Bilimbi L. Buahnya digunakan sebagai ejen penyembuh luka dan juga anti kudis. Bersifat sejuk dan mampu mengurangkan demam dan untuk menguatkan perut. Boleh merawat pening-pening dan darah tinggi. Mempunyai kemampuan untuk merawat sakit kulit yang disebabkan oleh scabies. Air rebusan daunnya boleh mengurangkan batuk-batuk dan untuk merawat diabetis. Bunganya digunakan untuk mengurangkan sakit gigi.Kombinasi daripada buah dan daunnya mampu merawat jerawat dan syphilis.Biasanya air rebusannya diminum 3 kali sehari.
Dikenali juga Celery. Bahasa Saintifiknya adalah Apium graveolens L. Didalam kaedah perubatan tradisional, ia digunakan sebagai penenang dan perangsang organ seksual. Ia juga boleh digunakan untuk merawat sakit angin. Tunas dan batangnya digunakan untuk menambah kandungan susu badan ketika dalam tempoh berpantang. Tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk merawat asthma dan bronkitis. Minyak yang diekstrak dari tumbuhan ini digunakan secara luaran untuk merawat bisul. Biji selderi boleh digunakan untuk melawas pembuangan air kecil dan juga menggalak pengeluaran asid urik yang berlebihan yang mana sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gout.Umumnya, ia mampu merendahkan tekanan darah.