Thursday, 31 March 2011

KAYU MANIS

Dikenali dengan nama kayu manis dan Cinnamon. Kulitnya boleh dijadikan tonik untuk kesihatan buah pinggang. Ia mampu melancarkan peredaran darah. Ia juga baik untuk merawat muntah-muntah, cirit birit dan bronkitis. Di barat, ia digunakan untuk merawat masalah penghadaman. Minyaknya mampu mengurangkan sakit sendi dengan menyapunya di tempat yg sakit. Menurut Theresa Ong di dalam bukunya "Rahsia Herba" ada mencatatkan bahawa Pusat Kajian Kesihatan masyarakat Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, kayu manis dapat mempercepatkan tindakan insulin dalam melancarkan metabolisme glucosa darah sebanyak 9 kali. Ketua Pusat Kajian tersebut, Richard Anderson, PhD memberitahu bahawa peningkatan tindakan insulin amat baik terhadap jantung dan metabolisme. 

HALIA

Dikenali Halia, halia pedas, alia, halia padi, dan Ginger. Bahasa saintifiknya adalah Zingiber officinale Roscoe. Digunakan untuk merawat selsema, migrain dan sakit kepala. Serbuknya boleh digunakan sebagai ubat gosok luaran untuk mengurangkan sakit sendi, sakit kepala, batuk, luka dalam dan patukan ular. Bahagian yang digunakan adalah rizom dan akar.

KUNYIT

Dikenali juga sebagai kunyit makan, temu kunyit, temu kuning dan turmeric. Bahasa saintifiknya adalah Curcuma Longa L. Menurut Noraida Arifin (2005),kunyit mempunyai sifat antiradang, antioksida, dan pelindung hati. Ia digunakan bagi merawat tekanan darah tinggi, demam kuning, cirit birit, meningkatkan selera makan, merawat sakit perut, sembelit, kencing berdarah, radang ginjal dan menyegarkan badan.Selain itu, ia juga bersifat anti bakteria yang mana ia mampu mengubati luka luaran. Untuk ibu yang dalam pantang, kunyit membantu menyembuhkan luka dalaman, menambah kecergasan badan dan menghilangkan muka pucat. Ia juga boleh dijadikan makanan harian untuk menambah awet muda. Jika dari sudut perubatan tradisional, kunyit mampu mengurangkan sakit belakang, sakit dada dan mengurangkan masalah hati. Ia juga boleh membantu melancarkan peredaran darah. Dan juga digunakan sebagai anti serangga. Bahagian yang digunakan rhizome, root dan tuber.

BAWANG PUTIH


Dikenali juga sebagai bawang cina dan garlic. Bahasa saintifiknya adalah Allium Sativum L. Didapati tumbuh di kawasan asia. Bawang putih boleh dijadikan tonik untuk merawat pelbagai penyakit seperti demam, dan sakit kepala. Adakala ia digunakan untuk merawat sakit gout. Ia juga sesuai untuk memperbaiki sistem perkumuhan. Boleh mengurangkan simptom muntah dan cirit birit.Digunakan juga untuk mengurangkan gegala selesema, batuk-batuk kecil dan bronkitis. Bertindak sebagai anti bakteria. Ia juga bekemampuan sebagai anti serangga. Bahagian yg diguna adalah Bulb dan clove. Menurut Abdul Rahman Derus (1998), bawang putih dipecahkan dan ditempelkan untuk mengubati luka, bisa lipan dan kala jengking. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah, membuang cacing (dikunyah-kunyah kemudian ditelan) dan menahan dari terkena kencing manis.