Dalam bahasa saintifiknya dikenali phyllanthus niruri. Tumbuhan ini sering terdapat dikawasan padang. ia mudah tumbuh di kawasan rumah dan padang. Dari segi perubatan tradisional, tumbuhan ini biasanya digunakan untuk mengubati cirit birit dan menurunkan tekanan darah tinggi dengan meminum air rebusan dari tumbuhan ini. Air perahannya baik untuk kudis dan luka. Jika tertelan racun,wap dari air rebusan ini di hidu untuk memuntah kembali racun tersebut. Di kepulauan borneo, daun dari tumbuhan ini dicampur dengan lada hitam untuk dijadikan tuaman bagi merawat sakit pinggang.
Ringkasan:
Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri, Phyllanthus Amarus
Nama : Dukung Anak, Black Catnip
Habitat : asia & africa
Kegunaan:
- Tekanan Darah Tinggi
- Cirit Birit
- Kudis
- Luka
Produk pilihan:Teh Seri Mahkota Dewa
Nama saintifiknya adalah Piper sarmentosum Roxb. Tumbuhan yang menjalar diatas tanah ini. Dipercayai bertindak sebagai ubat anti malaria. Selain itu ia sangat berguna untuk merawat demam, batuk, selesema, lelah, sakit dada, hilang selera makan, sakit sendi, vitiligo (hilang pigmen coklat pada kulit) dan rabun malam dengan cara meminum air rebusan daunnya. Akarnya juga boleh dikunyah mentah-mentah dan apabila di gabung dengan halia ia mampu mengurangkan sakit gigi.
Dikenali dengan nama Kaffir lime dan bahasa saintifiknya adalah Citrus Hystrix DC. Jus Limau purut boleh digunakan untuk merawat batuk dan anti kelemumur. Kulit limau purut biasanya dijadikan tonik di dalam masyarakat melayu. Ia digunakan untuk mengeluarkan cacing dan melegakan sakit kepala. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
Dikenali juga dengan nama lada putih atau lada sulah. Bahasa saintifiknya adalah Piper Nigrum L. atau piper trioicum Roxb. Secara keseluruhannya tumbuhan ini digunakan untuk merawat cirit birit, Sakit angin, ketidakhadaman makanan, muntah-muntah dan sakit disebabkan penyakit bau karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kesan keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan laut, cendawan dan daging. Selain itu, ia juga digunakan untuk merawat malaria dan taun. Untuk kegunaan luar, ia biasanya digunakan untuk merawat bengkak-bengkak. Ia juga bersifat penghalau serangga.
Ringkasan:
Nama Saintifik: Piper Nigrum
Nama Umum: Lada Hitam, Black Pepper
Kegunaan:
- Cirit Birit
- Sakit Angin
- Bengkak
- Anti Serangga
Lalang adalah sejenis tumbuhan yang mudah didapati dimana-mana sahaja. Namun, tumbuhan ini mempunyai kelebihan untuk merawat pelbagai penyakit. Bahasa saintifiknya adalah Imperata Cylindrica beauv. Ramuan dari sulur pokok ini digunakan melawaskan pembuangan air kecil.Ia juga boleh digunakan sebagai pembersih darah. Ia dijadikan tonik untuk mengurangkan kesan demam dan melegakan cirit birit.
Di dalam bahasa saintifik, belimbing dikenali dengan nama Averrhoa Bilimbi L. Buahnya digunakan sebagai ejen penyembuh luka dan juga anti kudis. Bersifat sejuk dan mampu mengurangkan demam dan untuk menguatkan perut. Boleh merawat pening-pening dan darah tinggi. Mempunyai kemampuan untuk merawat sakit kulit yang disebabkan oleh scabies. Air rebusan daunnya boleh mengurangkan batuk-batuk dan untuk merawat diabetis. Bunganya digunakan untuk mengurangkan sakit gigi.Kombinasi daripada buah dan daunnya mampu merawat jerawat dan syphilis.Biasanya air rebusannya diminum 3 kali sehari.
Dikenali juga Celery. Bahasa Saintifiknya adalah Apium graveolens L. Didalam kaedah perubatan tradisional, ia digunakan sebagai penenang dan perangsang organ seksual. Ia juga boleh digunakan untuk merawat sakit angin. Tunas dan batangnya digunakan untuk menambah kandungan susu badan ketika dalam tempoh berpantang. Tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk merawat asthma dan bronkitis. Minyak yang diekstrak dari tumbuhan ini digunakan secara luaran untuk merawat bisul. Biji selderi boleh digunakan untuk melawas pembuangan air kecil dan juga menggalak pengeluaran asid urik yang berlebihan yang mana sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gout.Umumnya, ia mampu merendahkan tekanan darah.
Juga dikenali sebagai bunga Jasmin. Bahasa Saintifiknya adalah Jasminum Sambac (L.) Ait. Tumbuhan ini mempunyai bunga yang berbau wangi dan biasanya ditemui di kawasan kampung sebagai tanaman hiasan. Untuk kegunaan perubatan, batangnya digunakan dengan mengeringkannya untuk dijadikan rokok untuk pesakit resdung. Bunganya direndam untuk merawat sakit kepala. Ekstrak bunganya boleh dijadikan losyen mata. Bunganya juga ditempelkan pada payudara untuk menggalakkan pengeluaran susu bagi ibu yang menyusu anak. Daunnya ditelan untuk mengubati demam. Ia juga ditempel pada kulit untuk merawat luka. Akarnya juga direbus untuk mengubati demam.
Dikenali dengan nama Lemon grass ataupun citronella grass. Bahasa saintifiknya adalah Cymbopogon Citratus atau Andropogon nardus. Mudah didapati di Selatan India, Sri Lanka dan Malaysia. Semua bahagian pokok ini boleh dijadikan sebagai antiseptik. Ia juga boleh digunakan sebagai perangsang organ seksual dan untuk membuang angin. Minyaknya boleh digunakan untuk mengurangkan gejala demam dan baik untuk sistem pencernaan. Untuk kegunaan luar, ia mampu merawat penyakit kulit seperti atlete's foot dan disebabkan oleh scabies (sejenis tungau yang menyebabkan rasa gatal dikulit). Aromanya berkesan untuk mengurangkan stress.
Dikenali juga dengan asam celagi dan Tamarind. Bahasa saintifiknya adalah Tamarindus Indica L. Buahnya boleh digunakan untuk mengurangkan kesan racun dalam tubuh badan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat kudis, demam kuning atau jaundis dan juga mampu merawat sakit angin dalam badan. Selain itu, ia boleh juga digunakan untuk mengurangkan kesan demam dan lelah. Daunnya boleh digunakan untuk membuang cacing dari tubuh. Tunas pokok, dicampur dengan kunyit dan sedikit beras yang ditumbuk hancur ditampal untuk merawat pening-pening dan vertigo. Bijinya boleh dijadikan julap.
Bunganya boleh digunakan untuk merawat conjunctivitis.
Juga dikenali dengan nama cengkur dan kencur. Bahasa saintifiknya adalah Kaempferia galanga L. Tumbuhan ini biasanya ditemui di Selatan China, Vietnam, Thailand, dan juga di kepulauan Nusantara. Tumbuhan ini boleh dijadikan tonik untuk merawat penyakit batuk dan selsema. Rhizome dan daunnya juga digunakan untuk merawat sakit kepala, dan sakit sendi. Di gabung dengan Jerangau/Acorus Calamus boleh mengurangkan gejala demam malaria.Ia juga boleh dijadikan losyen untuk merawat sakit mata,membuang angin dan mengecutkan rahim wanita (Theresa Ong,2006). Selain itu, rizomnya mampu digunakan untuk merawat keracunan makanan.
Dikenali juga dengan nama Daun Kari ataupun Curry leaf. Bahasa saintifiknya adalah Murraya Koenigii (L.) Spreng. Tumbuhan ini didapati di India, Pakistan, Sri Lanka dan juga di kawasan Nusantara. Daun, akar dan kulit pokoknya boleh digunakan untuk merawat ketidakhadaman, sembelit dan cirit birit. Merujuk kepada Noraida Arifin dalam bukunya Penyembuhan semulajadi dengan herba, Jus daunnya yang sega dicampur dengan jus limau nipis digunakan bagi mengatasi masalah loya dan pening. Tambahnya lagi, Ari rebusan pada batangnya yang kering digunakan bagi mengurangi gegala kencing manis. Amalan memakan sepuluh helai daun kari setiap hari selama tiga bulan dikatakan mampu mencegah kencing manis.Buahnya yang dididihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman dapat dihancurkan dan digunakan bagi merawat gigitan serangga.
Dikenali juga dengan nama cumin. Bahasa saintifiknya adalah Cuminum Cyminum L. ataupun Cuminum Odorum Salisb. Herba ini ditemui disekitar India, china dan di Nusantara. Herba yang beraroma ini baik untuk sistem perkumuhan dan juga sebagai perangsang untuk organ seksual. Boleh juga digunakan untuk merawat sakit kepala. Bijinya boleh dijadikan ejen penyejuk. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak, bijinya boleh dijadikan ubat barut. Minyaknya mempunyai kesan anti bakteria. Ia juga mampu digunakan untuk membuang angin dalam badan. Daunnya juga mampu merawat sakit-sakit sendi dengan menempelnya pada bahagian yang sakit. Buahnya boleh merawat cirit birit.