Sebuah blog untuk berkongsi tentang kebaikan tumbuhan herba sebagai satu sumber rawatan pilihan ~ Just shares about the benefits of Asian Herbs as alternative medicines
Thursday, 31 March 2011
KAYU MANIS
Dikenali dengan nama kayu manis dan Cinnamon. Kulitnya boleh dijadikan tonik untuk kesihatan buah pinggang. Ia mampu melancarkan peredaran darah. Ia juga baik untuk merawat muntah-muntah, cirit birit dan bronkitis. Di barat, ia digunakan untuk merawat masalah penghadaman. Minyaknya mampu mengurangkan sakit sendi dengan menyapunya di tempat yg sakit. Menurut Theresa Ong di dalam bukunya "Rahsia Herba" ada mencatatkan bahawa Pusat Kajian Kesihatan masyarakat Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, kayu manis dapat mempercepatkan tindakan insulin dalam melancarkan metabolisme glucosa darah sebanyak 9 kali. Ketua Pusat Kajian tersebut, Richard Anderson, PhD memberitahu bahawa peningkatan tindakan insulin amat baik terhadap jantung dan metabolisme.
Labels:
Tumbuhan Herba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment